Thursday, April 14, 2011

aku lupa daratan ?

heyy yoo.. assalamualaikumm..

uishh. dah lama tak jenguk rumah nombor dua ni. dah bersawang bagai dah.

bukan setakat rumah belog je. rumah yang dekat kampung sana pun dah lama tak tengok. adalah dalam dua bulan dah. tiba tiba hari ni terasa begitu sayu tengok teman teman yang lain begitu seronok kemas pakaian untuk balik kampung. walaupun cuti dari hari jumaat until ahad je tapi dorang tetap nak balik jugak. aku? aku kenapa tak balik jugak? lupa daratankah aku? lupakah aku pada mak ayah kat kampung sana?

teman teman duk suruh aku balik. katanya, aku ni dah lama tak balik. katanya aku ni dah lupa kampung halaman tempat aku membesar. tapi aku buat buat tak tau je. buat buat aku ni masih lagi gumbira berada disini. sedangkan dalam hati, mencurah curah air mata. tak siapa yang tahu. tapi aku masih lagi mampu untuk tersenyum didepan diorang. control macho la konon >.<

then, tinggallah aku sorang sorang kat bilik penjara ni. malam ni nak tidur dimana? dengan siapa? ohh. aku bukan lagi macam dulu. semangat diri aku bagaikan dah hilang. maybe sebab dah lama tak merasa masakan mak. ='(
huuu. air mata, berhentilah mengalir. menaip sambil dengar lagu background,

*ibu.. bergenang air mataku.. huu..
terbayang.. wajahmu yang redup sayuuu.. huu..
kudusnyaa.. kasih yang engkau hamparkann..
bagaikann.. laut yang tak bertepiannn.. huuuuuuuu.....*

huuu. umiiiii.. ='((



ishhh. ni nak marah ni. kenapalah orang surau tu bukak lagu ni. kan awal lagi ni. selalu pukul 7 baru pasang lagu. macam sengaja nak menambah luka di hati aku ni. >.<
rindunya,
nak dengar suara mak panggil makan,
nak dengar mak bebal sebab tidur bangun pukul 12,
nak bergurau senda dengan ayah,
nak dengar suara adik adik yang berebut nak main game dalam laptop ni

bukannya aku tak nak balik. tapi.. 
cuti 3 hari bagaikan tak cukup untuk aku balik. kalau naik bas malam ni, pagi jumaat baru sampai. tidur sampai petang, then malam tu kena berkemas balik sebab sabtu malam dah kena datang sini. *kenapa tak datang ahad malam? nanti kalau aku datang ahad malam, isnin pagi baru sampai. sakit pinggang sebab duduk 6jam dalam bas tak hilang lagi kena berkejar nak gi kelas pulak. kang kalo aku skip kelas, tak pasal pasal nati dapat warning letter pulak. so, yang mampu, aku kena bersabar. lagi 2 minggu final exam. after that, aku boleh balik sebab dah semester break.

pengalaman berdikari di tempat orang mematangkan aku. alah. ni baru duduk kt kolumpo. belum lagi sambung belajar dekat oversea. setahun sekali pun belum tentu dapat balik ke tak. kan? angguk la !
Thank's for reading. Have a nice day !

2 comments:

puteraduyong said...

keluarga paling utama... ;)

iezawanza said...

puteraduyong- eahh. i know.. miz them sooo much rite now..='(