Friday, April 1, 2011

antara cinta SEJATI dan cinta MATI






ramai orang berkata yang cinta pertama adalah cinta sejati mereka. tapi, bagaimana kalau cinta pertama itu tidak kekal dengan kita sehingga kita mati? contohnya cinta yang pertama tu tak mampu bartahan. kononnya tersalah buat pilihan. itu namanya bukanlah cinta mati kita. tapi kadang kadang ada jugak manusia yang sanggup mati disebabkan cinta sejati mereka tak berkekalan seperti yang diharapkan. adakah situasi itu juga digelar cinta mati? tepuk dada, tanya iman.

ada jugak orang yang tak boleh nak melupakan cinta pertama dia kerana dengan cinta pertamanyalah dia kenal dunia. errkk??
tapi, cinta sejati hanya ada pada mereka yang..

  • menjadi sahabat terbaik anda
saat korang sedang dilanda masalah, pasti dirinya orang yang pertama sekali dalam fikiran. contohnya, kalau korang tak dapat nak tidur malam sedangkan masa tu dah pukul empat pagi pastinya korang akan call dia untuk menemani korang. kalau dia benar benar cinta sejati korang, mesti dia sanggup teman sampai la korang dah boleh tidur. betul tak? dia takkan merungut. time korang bahagia pun sama. korang pasti akan cari dia untuk share kebahagian korang tu dengan dia. 

  • mempunyai banyak persamaan
pernah tak korang perasan yang antara korang dengan dia ada banyak sangat persamaan. tak kiralah dari aspek mana pun kan. yang penting, korang boleh serasi dengan dia. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. kadang kadang korang tak jangka pun dan tak plan pun yang hari tu korang akan pakai warna baju yang sama. tengok tengok sama. tu tandanya yang korang sangat serasi dengan cinta hati korang. lagi best kalau orang selalu cakap yang muka korang lebih kurang dengan muka dia.

  • kepentingan adalah segalanya
cuba perhatikan tingkah laku dia dalam melayan korang dengan kawan kawan dia. ada beza tak? pasti dia akan lebih pentingkan korang. dia juga akan lebihkan kepentingan untuk korang berbanding diri dia.  dia sanggup berkorban dan berbuat apa saja untuk korang kerana dia nak korang tahu yang korang adalah segalanya dalam hidup dia. cinta sejati perlu melibatkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan.

  • sentiasa mendengar
dia sentiasa memberi perhatian yang penuh setiap kali korang bercerita tentang keluarga, kawan kawan, dan juga hidup korang tanpa rasa bosan. walaupun korang dah banyak kali cerita hal yang sama dia masih lagi mendengar. kadang kadang korang pulak yang akan rasa bosan sebab asyik ulang cerita yang sama je. kalau aku pun aku bosan.

  • always on time
kalau dia berjanji untuk keluar, pasti dia yang akan menunggu korang. dia lebih rela terpacak di depan pagar daripada membiarkan korang yang menunggu dia. jarang dia akan biarkan korang ternanti nanti kerana dia tahu penantian itu satu penyeksaan. 


*so, cuba korang check pasangan korang tu. tak betul ke dia adalah cinta SEJATI korang.

Thank's for reading. Have a nice day !

10 comments:

Mr iz said...

dah cek dah...he he he pasal aku tak bercinta ... tup tup tetiba je kawin... stail orang lama ...nikah baru bercinta... lg afdal rasa aku kot...he he he

AdiSuda said...

errr..errr..sahabat la dunia akhirat..^_^

kiri kanan depan belakang said...

hee .. so sweet .. i like .. =P

iezawanza said...

mr iz - waa.. lagi best kalo bcinta after kawin.. smoga kekal shingga akgir hayat..

iezawanza said...

adi suda - shabat dunia akhirat adlh shbat sejati..

iezawanza said...

ecot - hope ecot pon jumpe dgn cinta sejati ecot satu ari nanti ye..=))

nidus2 said...

Pak Nidus sedang mencari cinta sejati...

folo ieza.

iezawanza said...

pak nidus - cinta yang paling sejati adlh pada tuhan..tenks..

raudhah said...

erm, sahabat sejati sama ke dengan sahabat baik?

iezawanza said...

raudhah- tak sama. kdg2 shabt baik blh tikam blkg kita..