Saturday, April 16, 2011

Cuti Cuti Melaka

assamualaikumm..

hishh. hari ni rajin pulak aku mengupdate entry. ada saje cerita aku kan. mesti korang pun dah naik muak. tapi takpelah. nak jugak update.
pagi tadi, niat nak siapkan dulu assignment taxation barulah nak update belog. tapi, tengok jam baru pukul 10. on lah laptop kejap. 10 minit je. haa. dah terbabas pulak. assignment tax langsung tak sentuh. tengok jam dah pukul 2. muehehe. pergi mandi dulu, lepas tu solat, lepas tu sambung lagi duduk depan laptop. bila nak buat tax? maybe malam ni lah. kejap lagi nak gi makan meatball dekat IKEA. iskk. tak sabor la..

sambil tunggu cik B, nak cerita dulu sikit..
meh duk dekat dekat meh..
semalam, aku gi MELAKA. yee, M E L A K A. betul betul ni. bertolak pukul 10 pagi daripada bangi. naik motor je. tak caye? memang kena percaya. sumpah aku gi dengan moto je. sampai dekat sana dalam pukul 1. nasib baik cuaca ok. tak panas, mendung je.. mula mula sampai, pergi dekat A Famosa'. ingat nak gi wonderland. tapi tak jumpa.



















oke, ada bakat tak jadi model? muehehe. setakat model cabok je bolehh la kot. then, aku pergi Taman Buaya. ni time dah nak balik. sekejap giler kan? tapi rasa macam dah lama duk pusing pusing.









oke.. cukup lah dulu ye. ingat nak jugak singgah zoo. tapi jauh pulak kena u-turn. so, aku pun decide untuk terus balik je. odw tu, terjumpa pulak dengan wonderland. aish. rasa geram pulak dengan tiba tiba. takpelahh, untuk sedapkan hati, aku akan datang lagi next time. tapi, yang pasti takkan datang dengan motor dah. dah serik. ni kalo mak aku tahu aku gi melaka naik motor je, rasa rasa beliau pengsan tak? haruslahhh kan. muehehe. babai.


Thank's for reading. Have a nice day !

interview for executive accountants

assalamualaikumm..

khamis, 14 april 2011, berita sehari,
miss iezawanza telah berjaya melepasi sesi interview beliau dengan jayanya. beliau yang masih lagi belajar dan tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam bidang kerja profesional selain daripada bekerja di kedai kasut sekitar bangi selama sehari sahaja. pada pagi sebelum berlakunya sesi interview itu, beliau sangat sangat yakin yang beliau akan melepasi detik detik genting itu dengan penuh gemilang dan sekaligus melayakkan beliau untuk mendapatkan title 'EXECUTIVE ACCOUNTANTS' di sebuah company sekitar klang dalam masa dua bulan lagi. sekalung penghargaan diberi kepada beliau. beliau hanya mempu tersenyum dengan puas. di bawah ini adalah detik detik semasa beliau akan di interview.





detik detik sebelum di interview. jangan caye dengan senyuman pelesu tuu. saje saje buat muka rilek. padahal dalam hati, dup dap dup dap. maklumlah, ni first time kan nak apply kerje. muehehe.






tengah menunggu giliran. ramai jugak sebenarnya yang akan di interview. aku orang keberapa tah. >.<
dah berpeluh peluh menunggu untuk masuk. agak agak apa ye dia akan tanya? sihat? dah makan ke belum? hari ni dah baca paper? iskk. tak kanlah dia tanya tu jee. risau risau.





okee.. aku dah bersedia nak masuk. wish me luck yee kawan kawan. kalo aku lulus interview ni, aku belanja korang cekodok. bhahaha. rasa rasa aku lulus tak ek? kalo aku tak lulus, tu sebab korang tak doakan aku leteeww.. =) sebelum tuu, haruslah tangkap sekeping dua gambar kan. ^^,









okee.. kat bawah ni pulak gambar gambar selepas sesi interview..






korang dah bulehh rasa kan yang aku dah berjaya melepasi sesi interview tuu. berpeluh peluh sampai ke lutut masa dalam bilik tu even ada econ. tapi aku control macho. aku kan suka control macho. >.< ada la sekali dua aku tak berapa nak dengar apa yang dia tanya. padahal english aku yang broken. kekadang tak paham. tapi aku buat buat paham. rasanya jawapan aku lari tajuk. bhahahaaha. smart tak aku dalam pic atas ni?



waa.. we look gergeous rite babehh? actually, kami ni satu group. but sorang je laki sebab kat kelas juz ada 6 orang je budak laki. so, satu group, sorang la budak laki. budak budak laki bukanlah pupus kat kolej kami ni. tapi ramai yang apply section belakang. 6 orang je yang apply section 1.. kami ada rupa akauntan tak?



maka, selesai lah sudah segala sesi interview pada hari itu. aku pun dah penat, berpeluh peluh bagai dah ni. nasib la kelas petang tu cancel. ready for the next meeting pulakk. actually, ni bukanlan sesi interview untuk kiteorang apply kerje betul betul. ini adalah salah satu part untuk subject english for accounting. first stage untuk melangkah for the next future.



Thank's for reading. Have a nice day !

gedix gedix di TAMAN BOTANI, putrajaya

assalamualaikumm..

ni entry minggu lepas. saje saje tade keje baru nak update sekarang ni. wee.

minggu lepas, hari ahad, pukul 3. aku dengan cik B begitu semangat nak gi pusing pusing taman tuu. konon konon nak beromentik *sebut betul betul yehh* sambil naik basikal ronda ronda sekeliling taman. nasib baik hujan dah reda. kalo tak, tak dapatlah kiteorang nak pusing pusing taman tuu. ingatkan dapatlah sewa basikal kan tuk sejam dua. alih alih tengok dekat notis tu, closed on sunday. hampeehh. jakun kan kiteorang. baru first time tahu ada service sewa basikal walaupon sebelum ni selalu la jugak round round tempat ni. time kiteorang nak sewa, not available pulak. next time kena la datang hari sabtu. >.<

alang alang dah ada dekat situ, kiteorang pun  jalan jalan jugak la. pakai kaki je. muehehe. luas kot taman ni. sampai aku semput. next time, better sewa basikal la. lagi seronok dan tenaga pun tak terbuang.





permulaan











pertengahan









separuh. asyik duduk je. =)








pengakhiran





bhaha. aku asyik duduk sajee setiap kali amik gamba. cuaca baik baik saje sebab baru lepas hujan kan. masa dah nak balik tu, aku dengan cik B ternampak ada pasangan pengantin tengah shoot. sangat sangat comel dan sweet diorang tu. yang perempuan pegang gitar. tiba tiba terlintas dalam fikiran aku, one day, when i married i will come here to shoot. this place very nice. boleh la berangan shoot ala ala garden kan. eii.. tak saboo laa.. ngee...
Thank's for reading. Have a nice day !