Wednesday, March 23, 2011

resepi kasih sayang

bergurau senda dapat membuahkan kasih sayang


assalamualaikumm..

hari ni chef iezawanza nak ajar korang tentang resepi kasih sayang.
bahan bahannya simple dan mudah sahaja. yang menariknya bahan bahan ni tak perlu dibeli daripada kedai runcit pak abi or supermarket econtaksave. kalau korang tak reti nak masak pun korang boleh cuba resepi ni jugak. oke, jangan kita lengah lengahkan masa lagi. chayook.

bahan bahan:
1 mangkuk hati ikhlas
3 mangkuk kejujuran (lebih banyak lebih baik)
3 mangkuk hasad dengki
2 mangkuk hormat menghormati
3 kotak doa
4 ulas nasihat
5 biji keimanan
250gm garang
4 camca cinta
2 camca minyak benci

bahan hiasan:
3 kuntum bunga senyuman
3 camca toleransi
5 mangkuk kesyukuran

cara cara untuk memasak:
1. panaskan minyak benci di atas api yang sederhana besar. masukkan hasad dengki yang telah ditumbuk halus supaya bahan itu dapat meresap jauh ke dalam lubuk hati tetapi pastikan bahan itu direbus terlebih dahulu sebelum ditumbuk agar hilang rasanya.

2. campurkan sedikit garang kerana garang itu adalah perasa dalam hubungan kasih sayang. tanpa garang, hubungan itu suram tanpa manis, masin dan seadanya.

3. setelah bahan bahan itu hampir hangit, jangan lupa masukkan pulak kejujuran, hormat menghormati,, keimanan dan cinta. bahan bahan tersebut adalah bahan bahan yang paling penting untuk melazatkan perhubungan dalam mengharumkan kasih sayang.

4. gaulkan sehingga sebati. untuk mengelakkan resepi kita menjadi kering, masukkan pulak doa. doa dapat memastikan kasih sayang itu tahan lama dan berkekalan tanpa ada expired date.

5. setelah masak, jangan lupa hiaskan dengan bunga senyuman, usik mengusik dan hirisan toleransi.
sajikan resepi anda dengan penuh limpahan kesyukuran.

simple saje kan? diharapkan apa yang chef ajar kepada mak cik mak cik dan jugak pak cik pak cik diluar sana dapat dipraktikkan dengan secepat mungkin. sekian sahaja untuk hari ini. jumpa lagi. bui bui.
Thank's for reading. Have a nice day !

2 comments:

MiaDiera said...

wahh menarek resipi nie:)

iezawanza said...

miadira - jgn lupa cube taw.. hehe