Wednesday, March 23, 2011

aku sokong filem melayu ~ ehee

assalamualaikumm ..

dah lame tak dating dengan belog. asik dating dengan cik B je. rindu sangat sangat. namun disebabkan kolej aku ni tak bayar wifi agaknya, maka tak dapat la kami ber 'on9' dari pagi sampai malam sampai pagi balik. sekarang baru dapat.

minggu lepas aku gi jalan jalan kat TS semata mata tuk cari kasut sendirirela bukan cinderela yee kawan kawan. kasut tu akan dipakai tuk interview next week. eii.. tak sabor laa. bukan interview tuk apply kerja ke ape. jangan salah sangka yee. belom dapat diploma lagi. interview tu tuk melatih kiteorang as a student account bile kiterorang nak apply kerja after graduate nanti.

sambil sambil jalan, aku dengan cik B plan la nak tengok movie. cik B tak nak nengok cerita omputih sebab dia tertinggal spek. nanti nak baca subtitle nye tak nampak la, katanya. ok, aku pun ikut jela katanya. kami buat keputusan tuk nengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. agaknya cik B aku ni tak tau kot yang cerita tu pun ada subtitle gak. iskk. tak paham la. aku ingat kan harga tiketnya dalam 12-13 hengget sbab cerita tu banyak guna CGI kan? rupa rupanya 8 henget jek. murahnya. mulanya aku macam tak suka dengan cerita tu sebab tengok macam cerita zaman dulu dulu kan. rupa rupanya.. aku salah wat tafsiran. aku suka sangat sangat dengan jalan ceritanya. mudah nak faham dan tak boring langsung macam cerite DUHAI SI PARI PARI. masa tengok cerita tu aku tidow je. memang menyesal aku buang duit tuk beli tiket semata mata nak tengok cerita tu.




sinopsis cerita tu,


Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.

dipetik daripada google.


menitis air mata mengenangkan betapa susahnya kita sebelum merdeka. kita tak pernah merasa kesusahan yang pernah orang yang pernah berjuang unruk membangunkan negara kita dulu. kalau la KRU tak buat cerita ni, memang aku tak akan rasa bangganya jadi malaysian. sekarang, aku sayang sangat sangat malaysia. sayang sangat sangat dengan negara ni. sapa sapa yang masih teragak agak tuk nengok cerita tu, korang jangan pikir berkali kali coz cerita tu memang best. mulai sekarang, aku adalah penyokong filem melayu. aku bangga jadi orang melayu ok. lepas ni nak tengok cerita ...DALAM BOTOL pulak. hope jalan ceritanya best jugak.
Thank's for reading. Have a nice day !

3 comments:

Ujang9897 said...

best cita ni...=)

MiaDiera said...

best sangat citer nie:D

iezawanza said...

ujang - mmg bez.. rasa mcm nk tengok lagi..


miadiera - yup.. bez giler kan..