Wednesday, February 23, 2011

haha. totally guwe rase maluu ^^'

semalam punya citer.
.
.
.
pada pukul 7 pagi, hani dan ecot awal awal lagi bangun coz dorang nak gi amik ujian JPJ. tengah bersiap siap, hani keluar daripada bilik tuk ambik baju dekat ampaian tingkat dua. tiba tiba.....
.

.

.

.

.

hani : korang, korang ! (dengan termengah mengah)
kami : ape? cer citer, cer citer..
hani : aku nampak ada budak laki kuar daripada bilik budak pompuan !
kami : hahh? ko jangan buat citer. tak kan lahh. bilik nombor berapa? ko nampak tak muka dia macam mana? kot kot pengkid?
hani : sumpah ! aku tak tipu. budak laki. dia lalu sebelah aku, pakai helmet dengan baju jaket warna hitam. muka dia memang laki. dia nampak aku dia terus jalan sambil pandang pintu.
aku : isshh. tak boleh jadi ni. apa kata kang kita report dekat Kak Ros? kita buat aduan. isskk. tak sangka betul! (marah)
hani & ecot : ok. nanti kita gi report.

tuk pendekkan citer, malam tu lepas kiteorg melantak, kiteorg pergi rumah kak ros. dia warden asrama. kami pun citer la apa yang hani nampak tu dengan perasaan yang bersungguh sungguh, marah, geram. tapi kak ros aku tengok dia buat muka macam tak caya. 0o,

kak ros : korang nak tau tak lelaki tu sape?
kami : sape kak ros?
kak ros : laki tu adalah suami felo. dia baru je tinggal dekat dalam hostel ni. bilik yang awak cakapkan tu bilik dia dengan isteri dia. diorang baru kahwin dan sekarang tengah mencari rumah sewa yang berdekatan. sementara tu diorang menumpang dulu dekat sini. laki tu selalu keluar pagi pagi tuk pergi kerja.

*gullpp. kami terdiam tanpa kata.
aku rasa macam tebal je muka ni. dalam hati toksah cakap la.
memang aku rasa malu giler. lalu kami cepat cepat blah daripada situ T_T



Thank's for reading. Have a nice day !

Monday, February 21, 2011

INI ENTRY TENTANG ADIK AKU

haku ade sorang adik laki. dulu perangai dia tak macam sekarang ni. dulu dia adalah harapan keluarga. haku bukan nak cerita keburukkan dia. sebab bagi haku dia adalah adik yang baik.
sebenarnya dia pandai, dia baik, dia hormatkan orang tua. tapi.. entah kenapa sejak meningkat remaja dia dah jauh berubah. dia bukan lagi seperti yang haku kenal. sekarang umur dia 17.
haku tertanya tanya kenapa dia jauh berbeza dengan dirinya yang masa kecik kecik dulu.

  • apakah dia mengalami perubahan hormon ?
  • apakah dia merasa dirinya tak disayangi ?
  • apakah dia terpengaruh dengan budak budak yang tak senonoh ?

haku nak orang tahu, adik haku tak jahat. mungkin ada sessuatu yang buat dia jadi macam tu. adik haku mungkin nampak jahat pada pandangan orang lain. tapi, bagi haku dia adalah adik yang terbaik. biarlah apa orang nak kata tentang adik haku.
bagi orang yang ada macam adik haku, korang..

  • kena terima dirinya seaadanya
  • sayangi dirinya sepenuh hati
  • jangan bezakan dirinya dengan adik beradik yang lain
  • jangan menyesal kerana dia juga manusia yang ada perasaan macam kita
  • cuba selami hatinya
haku sikit pun tak merasa menyesal menjadi kakak untuk adik haku tu. cuma haku terkilan kenapa orang lain tak pernah bagi dia peluang untuk dia berubah. malah makin dikutuk, makin dicaci dan makin dihina. cuba kalau korang pun ditakdirkan ada adik macam haku. mesti korang akan rasa apa yang haku rasa. NOBODY IS PERFECT.

mood : sedihh (jgn kacau)
Thank's for reading. Have a nice day !

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


okee.. sape2 yg bminat sile la join dengan senang hati.. sile KELIK CEPAT !

Thank's for reading. Have a nice day !