Saturday, April 16, 2011

Cuti Cuti Melaka

assamualaikumm..

hishh. hari ni rajin pulak aku mengupdate entry. ada saje cerita aku kan. mesti korang pun dah naik muak. tapi takpelah. nak jugak update.
pagi tadi, niat nak siapkan dulu assignment taxation barulah nak update belog. tapi, tengok jam baru pukul 10. on lah laptop kejap. 10 minit je. haa. dah terbabas pulak. assignment tax langsung tak sentuh. tengok jam dah pukul 2. muehehe. pergi mandi dulu, lepas tu solat, lepas tu sambung lagi duduk depan laptop. bila nak buat tax? maybe malam ni lah. kejap lagi nak gi makan meatball dekat IKEA. iskk. tak sabor la..

sambil tunggu cik B, nak cerita dulu sikit..
meh duk dekat dekat meh..
semalam, aku gi MELAKA. yee, M E L A K A. betul betul ni. bertolak pukul 10 pagi daripada bangi. naik motor je. tak caye? memang kena percaya. sumpah aku gi dengan moto je. sampai dekat sana dalam pukul 1. nasib baik cuaca ok. tak panas, mendung je.. mula mula sampai, pergi dekat A Famosa'. ingat nak gi wonderland. tapi tak jumpa.



















oke, ada bakat tak jadi model? muehehe. setakat model cabok je bolehh la kot. then, aku pergi Taman Buaya. ni time dah nak balik. sekejap giler kan? tapi rasa macam dah lama duk pusing pusing.









oke.. cukup lah dulu ye. ingat nak jugak singgah zoo. tapi jauh pulak kena u-turn. so, aku pun decide untuk terus balik je. odw tu, terjumpa pulak dengan wonderland. aish. rasa geram pulak dengan tiba tiba. takpelahh, untuk sedapkan hati, aku akan datang lagi next time. tapi, yang pasti takkan datang dengan motor dah. dah serik. ni kalo mak aku tahu aku gi melaka naik motor je, rasa rasa beliau pengsan tak? haruslahhh kan. muehehe. babai.


Thank's for reading. Have a nice day !

interview for executive accountants

assalamualaikumm..

khamis, 14 april 2011, berita sehari,
miss iezawanza telah berjaya melepasi sesi interview beliau dengan jayanya. beliau yang masih lagi belajar dan tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam bidang kerja profesional selain daripada bekerja di kedai kasut sekitar bangi selama sehari sahaja. pada pagi sebelum berlakunya sesi interview itu, beliau sangat sangat yakin yang beliau akan melepasi detik detik genting itu dengan penuh gemilang dan sekaligus melayakkan beliau untuk mendapatkan title 'EXECUTIVE ACCOUNTANTS' di sebuah company sekitar klang dalam masa dua bulan lagi. sekalung penghargaan diberi kepada beliau. beliau hanya mempu tersenyum dengan puas. di bawah ini adalah detik detik semasa beliau akan di interview.





detik detik sebelum di interview. jangan caye dengan senyuman pelesu tuu. saje saje buat muka rilek. padahal dalam hati, dup dap dup dap. maklumlah, ni first time kan nak apply kerje. muehehe.






tengah menunggu giliran. ramai jugak sebenarnya yang akan di interview. aku orang keberapa tah. >.<
dah berpeluh peluh menunggu untuk masuk. agak agak apa ye dia akan tanya? sihat? dah makan ke belum? hari ni dah baca paper? iskk. tak kanlah dia tanya tu jee. risau risau.





okee.. aku dah bersedia nak masuk. wish me luck yee kawan kawan. kalo aku lulus interview ni, aku belanja korang cekodok. bhahaha. rasa rasa aku lulus tak ek? kalo aku tak lulus, tu sebab korang tak doakan aku leteeww.. =) sebelum tuu, haruslah tangkap sekeping dua gambar kan. ^^,









okee.. kat bawah ni pulak gambar gambar selepas sesi interview..






korang dah bulehh rasa kan yang aku dah berjaya melepasi sesi interview tuu. berpeluh peluh sampai ke lutut masa dalam bilik tu even ada econ. tapi aku control macho. aku kan suka control macho. >.< ada la sekali dua aku tak berapa nak dengar apa yang dia tanya. padahal english aku yang broken. kekadang tak paham. tapi aku buat buat paham. rasanya jawapan aku lari tajuk. bhahahaaha. smart tak aku dalam pic atas ni?



waa.. we look gergeous rite babehh? actually, kami ni satu group. but sorang je laki sebab kat kelas juz ada 6 orang je budak laki. so, satu group, sorang la budak laki. budak budak laki bukanlah pupus kat kolej kami ni. tapi ramai yang apply section belakang. 6 orang je yang apply section 1.. kami ada rupa akauntan tak?



maka, selesai lah sudah segala sesi interview pada hari itu. aku pun dah penat, berpeluh peluh bagai dah ni. nasib la kelas petang tu cancel. ready for the next meeting pulakk. actually, ni bukanlan sesi interview untuk kiteorang apply kerje betul betul. ini adalah salah satu part untuk subject english for accounting. first stage untuk melangkah for the next future.



Thank's for reading. Have a nice day !

gedix gedix di TAMAN BOTANI, putrajaya

assalamualaikumm..

ni entry minggu lepas. saje saje tade keje baru nak update sekarang ni. wee.

minggu lepas, hari ahad, pukul 3. aku dengan cik B begitu semangat nak gi pusing pusing taman tuu. konon konon nak beromentik *sebut betul betul yehh* sambil naik basikal ronda ronda sekeliling taman. nasib baik hujan dah reda. kalo tak, tak dapatlah kiteorang nak pusing pusing taman tuu. ingatkan dapatlah sewa basikal kan tuk sejam dua. alih alih tengok dekat notis tu, closed on sunday. hampeehh. jakun kan kiteorang. baru first time tahu ada service sewa basikal walaupon sebelum ni selalu la jugak round round tempat ni. time kiteorang nak sewa, not available pulak. next time kena la datang hari sabtu. >.<

alang alang dah ada dekat situ, kiteorang pun  jalan jalan jugak la. pakai kaki je. muehehe. luas kot taman ni. sampai aku semput. next time, better sewa basikal la. lagi seronok dan tenaga pun tak terbuang.





permulaan











pertengahan









separuh. asyik duduk je. =)








pengakhiran





bhaha. aku asyik duduk sajee setiap kali amik gamba. cuaca baik baik saje sebab baru lepas hujan kan. masa dah nak balik tu, aku dengan cik B ternampak ada pasangan pengantin tengah shoot. sangat sangat comel dan sweet diorang tu. yang perempuan pegang gitar. tiba tiba terlintas dalam fikiran aku, one day, when i married i will come here to shoot. this place very nice. boleh la berangan shoot ala ala garden kan. eii.. tak saboo laa.. ngee...
Thank's for reading. Have a nice day !

Thursday, April 14, 2011

aku lupa daratan ?

heyy yoo.. assalamualaikumm..

uishh. dah lama tak jenguk rumah nombor dua ni. dah bersawang bagai dah.

bukan setakat rumah belog je. rumah yang dekat kampung sana pun dah lama tak tengok. adalah dalam dua bulan dah. tiba tiba hari ni terasa begitu sayu tengok teman teman yang lain begitu seronok kemas pakaian untuk balik kampung. walaupun cuti dari hari jumaat until ahad je tapi dorang tetap nak balik jugak. aku? aku kenapa tak balik jugak? lupa daratankah aku? lupakah aku pada mak ayah kat kampung sana?

teman teman duk suruh aku balik. katanya, aku ni dah lama tak balik. katanya aku ni dah lupa kampung halaman tempat aku membesar. tapi aku buat buat tak tau je. buat buat aku ni masih lagi gumbira berada disini. sedangkan dalam hati, mencurah curah air mata. tak siapa yang tahu. tapi aku masih lagi mampu untuk tersenyum didepan diorang. control macho la konon >.<

then, tinggallah aku sorang sorang kat bilik penjara ni. malam ni nak tidur dimana? dengan siapa? ohh. aku bukan lagi macam dulu. semangat diri aku bagaikan dah hilang. maybe sebab dah lama tak merasa masakan mak. ='(
huuu. air mata, berhentilah mengalir. menaip sambil dengar lagu background,

*ibu.. bergenang air mataku.. huu..
terbayang.. wajahmu yang redup sayuuu.. huu..
kudusnyaa.. kasih yang engkau hamparkann..
bagaikann.. laut yang tak bertepiannn.. huuuuuuuu.....*

huuu. umiiiii.. ='((



ishhh. ni nak marah ni. kenapalah orang surau tu bukak lagu ni. kan awal lagi ni. selalu pukul 7 baru pasang lagu. macam sengaja nak menambah luka di hati aku ni. >.<
rindunya,
nak dengar suara mak panggil makan,
nak dengar mak bebal sebab tidur bangun pukul 12,
nak bergurau senda dengan ayah,
nak dengar suara adik adik yang berebut nak main game dalam laptop ni

bukannya aku tak nak balik. tapi.. 
cuti 3 hari bagaikan tak cukup untuk aku balik. kalau naik bas malam ni, pagi jumaat baru sampai. tidur sampai petang, then malam tu kena berkemas balik sebab sabtu malam dah kena datang sini. *kenapa tak datang ahad malam? nanti kalau aku datang ahad malam, isnin pagi baru sampai. sakit pinggang sebab duduk 6jam dalam bas tak hilang lagi kena berkejar nak gi kelas pulak. kang kalo aku skip kelas, tak pasal pasal nati dapat warning letter pulak. so, yang mampu, aku kena bersabar. lagi 2 minggu final exam. after that, aku boleh balik sebab dah semester break.

pengalaman berdikari di tempat orang mematangkan aku. alah. ni baru duduk kt kolumpo. belum lagi sambung belajar dekat oversea. setahun sekali pun belum tentu dapat balik ke tak. kan? angguk la !
Thank's for reading. Have a nice day !

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI ...


Thank's for reading. Have a nice day !

Thursday, April 7, 2011

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway




 okee.. ni adalah antara blogger yang menjadi feveret aku. korang boleh nampak kan dekat side bar aku tu. ada belog dia. aku mula mula jadi follower dia sebab abang ben selalu promote pasal dak yuyu ni. dan aku pun tertarik. suka sangat baca pasal life dia as a student tu. dak yuyu ni pun comel. dengan mata dia yang sangat besar tu kan. rasa rasanya cukup la tu kan? korang pun mesti dah kenal dengan dak yuyu ni.

*aku tak nak tag sapa sapa sebab kompem kompem la ramai yang join.
Thank's for reading. Have a nice day !

Tuesday, April 5, 2011

Kisah Anak Kerang

assalamualaikumm..

sejak akhir akhir ni aku macam ketagih. asyik ketagih mende ni saja tiap tiap malam. tak sah kalau tak beli tiap tiap malam. kadang kadang kalau terliur, siang hari pun terpaksa beli la jugak. ishh. ada effect tak kalau aku makan kerang tiap tiap hari? haa, korang mesti dah pikir bukan bukan kan? mesti ingat aku ni ketagih apa kan? alaahh. aku bukan ketagih apa pun. kerang bakar je. nasib baik la kau tu murah tau tak. tapi ada satu kedai kat Bandar Baru Bangi, Restoran Amir, dia punya kerang bakar kan, mak aishh. sedap giler wa cakap lu. bukan kerang bakar biasa biasa ni. tapi kerang bakar berempah. orang ramai datang makan situ sebab nak rasa kesedapan kerang bakar berempah dia. >.<

tadi masa aku tengah survey info pasal kerang ni, aku terjumpa satu artikel yang best. dan aku terus la copy. artikel tu boleh dijadikan pengajaran. nasib baik la page tu membenarkan sapa sapa je untuk copy and share article yang ada dalam tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan pernah mengambil keputusan pada saat sedang emosi. Kalau bisa jangan bicara, supaya tidak membuat kesalahan yang akan mencoreng muka sendiri.
Setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap pada Tuhan. Pembalasan bukan hak kita. Tuhan lebih tau balasan yang sesuai bagi orang yang menyakiti kita.

Kisah Anak Kerang

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.
Anakku, kata sang ibu sambil bercucuran air mata, Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga Ibu tak bisa menolongmu.

Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.
Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat, kata ibunya dengan sendu dan lembut. Anak kerang pun melakukan nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.
Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

***

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang
luar biasa."


Dengan itu dipertegas bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa." Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Kim Dae Jung, dan A.H. Nasution. Jadi jika Anda sedang menderita hari ini, apa pun sebabnya, saya sarankan: bersiap-siaplah menjadi "orang luar biasa".




Thank's for reading. Have a nice day !

Saturday, April 2, 2011

agak CUN!

assamualaikumm..

uisshh.. cheq penat kemain nihh.. sebelum cheq tidoq, cheq nak habaq dulu sepatah duo kato..
semalam cheq dah pon pergi nengok cerito apo tuh.. alaa..  ahaa.. cheq ingat dah, cheq ingat dah. filem CUN!





aikk.. asal pulak aku tetiba cakap loghat kedah nih. tetiba je pandai dengan sendirinya. ni semua gara gara cerita tu la yang menggunakan loghat kedah. memang sempoi ah. cerita tu pada aku takdela best sangat. biasa je. tapi kalo korang jenis yang sukakan komedi, p la nengok. tak salahh aihh. tapi masa aku nengok kat TS semalam tak ramai pon orang. kenapa yee? btw, maya dengan karin, ehh. maya dengan remy memang CUN! 

filem ni mengentengahkan genre komedi romentik. ada beberapa part yang aku suka.




part nih aku suka. memang aku gelak tak ingat orang sebelah. watak Bedah Tongek dan Etun Gebu memang kelakar. adoii. dorang nye lakonan memang best. dorang ni suka sangat jaga tepi kain orang.


tambah pulak dengan kehadiran si Kembang ni. dengan make up nye. tapi Kembang ni memang pandai berlakon. manja manja gitu. tak pernah lak aku nengok kerbau yang sangat comel and bersih macam ni. salunya kerbau kan duk berkubang dalam lumpur. mesti dak dak kerbau yang lain akan jeles dangan si Kembang ni lantas akan menjaga kebersihan diri masing masing coz nak jadi femes macam si Kembang. ye dak?


watak Remy sebagai budak kampung yang comot aku nengok agak selekeh la. dengan rokok yang orang tua tua salu duk hisap kat kedai kopi tu la. tapi yang sweet masa dalam parit air yang Maya tertusuk duri ikan keli. Remy kemudian mengambil jari Maya dan menyedut bisa ikan keli tu. ohh. sweet. dah la badan Remy masa tak pakai baju tu nampak tough sangat. opps. tapi, at the end of story sangat nice. masa tu Maya akan datang melamar. hikhik. comel pulak.






Thank's for reading. Have a nice day !

Friday, April 1, 2011

tak dapat DISENTUH, tapi dapat DIRASA

kenapa kita menutup mata ketika..
kita menangis,
kita membayangkan,
kita berciuman,
kita tidur,
ini kerana hal yang terindah di dunia tidak terlihat..
_________________________________________________________________________

kita semua pasti merasa aneh..
ketika kita menemukan seseorang yang keunikkanya SEJALAN dengan kita..
kita berganding dengannya dan jatuh dalam satu keanehan yang dinamakan C I N T A..
_________________________________________________________________________

ada hal hal yang tak dapat kita lepaskan..
orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
tapi.. ingatlah.. melepaskan bukan bermakna hidup perlu berakhir..
tapi.. ia adalah sebagai permulaan untuk hidup baru..
_________________________________________________________________________

apabila cinta tidak berhasil, bebaskanlah dirimu..
biarkan hatimu melebarkan sayapnya dan terbang ke alam baru..
LAGI..
ingatlah..bahawa ketika kamu temui cinta dan kehilangannya..
dan ketika cinta itu mati..
kamu tidak perlu mati bersamanya..
_________________________________________________________________________

orang TERKUAT bukan mereka yang selalu menang..
melainkan meraka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh..
dan sedar yang penyesalan tidak patut ada..
hanya penghargaan abadi atas pilihan hidup yang telah kamu buat..
_________________________________________________________________________

TEMAN SEJATI.. memahami ketika kamu berkata " a k u l u p a "

menunggu selamanya ketika kamu berkata " t u n g g u s e b e n t a r "

tetap bersama ketika kamu berkata " t i n g g a l k a n a k u s e n d i r i "
_________________________________________________________________________

MENCINTAI.. bukanlah bagaimana kamu melupakan..
melainkan bagaimana kamu memaafkan..
BUKANLAH bagaimana kamu mendengarkan..
melainkan bagaimana kamu mengerti..
BUKANLAH bagaimana kamu melihat..
melainkan bagaimana kamu rasakan..
BUKANLAH bagaimana kamu lepaskan..
melainkan bagaimana kamu bertahan..
_________________________________________________________________________

lebih bahaya mencucurkan air mata di dalam hati..
dibandingkan menangis tersedu sedu..
air mata yang mengalir dapat dihapuskan..
sementara air mata yang tersembunyi,
mengoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G. .
_________________________________________________________________________

akan tiba saat di mana kamu harus berhenti mencintai..
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita..
melainkan kerana kita telah menyedari..
bahawa orang itu akan lebih B A H A G I A apabila kita melepaskannya..
_________________________________________________________________________

lebih baik menngu yang yang kamu inginkan..
DARIPADA berjalan bersama orang yang "tersedia"
lebih baik menunggu orang kamu cintai..
DARIPADA  orang yang berada di "sekelilingmu"
lebih baik menunggu orang yang tepat..
kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya seseorang..
__________________________________________________________________________

kadang kala, orang yang paling kamu cintai
adalah orang yang paling menyakiti hatimu..
kadang kala, teman yang selalu menangis bersamamu
adalah cinta yang kamu tidak sedari..





Thank's for reading. Have a nice day !

ada apa dengan 1 APRIL 2011??

asslamualaikumm..

hari ni adalah 1 APRIL 2011.
adakah hari ni hari yang ditunggu tunggu?
aku sangat sangat sangat sangat yakin ramai yang tunggu tibanya hari ni.
sebabbbb
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






hari ni APRIL FOOL.
korang tahu tak apa hukum menyambut april fool ni? april fool maksudnya menipu. menipu adalah satu sifat yang sangat buruk. Rasulullah S.A.W bersabda : orang yang munafik ada tiga ciri

  • dia menipu
  • tidak menepati janji 
  • tidak menunaikan amanah
maka, janganlah kita tergolong dalam golongan munafik ini. aku sama sekali tak pernah pun menyambut april fool ni.






hari ni duit elaun mara MASUK.
bagi student yang berhutang dengan mara macam kiteorang ni, hari ni adalah hari yang ditunggu tunggu kan. duit poket pun dah nak nak hampir kering so awal bulan macam hari ni lah yang kiteorang duk tunggu tunggu tu termasuklah aku.









hari ni dah kena bayar DEPOSIT RUMAH SEWA.
melayang la pulak duit. cepat benor ehh duit ni susut. asal ada duit je kena bayar tu la, ni la. aishh. tapi tak sabor nak masuk rumah sewa yang baru. ada astro, ada aircond, ada washing machine. kat hostel ada ke semua tu? ada?







hari ni nak gi tengok MIDNIGHT MOVIE.
kalo jadi. ermm. tak tau lagi ni nak tengok cerita apa. tapi, yang penting cerita melayu la. kan aku dah jadi penyokong filem melayu. korang ada idea tak nak suh aku nengok cerita apa?








hari ni nak lepak je kat bilik sambil BLOGWALKING.
aku sedang tunggu follower yang ke-100 ni.



Thank's for reading. Have a nice day !

antara cinta SEJATI dan cinta MATI






ramai orang berkata yang cinta pertama adalah cinta sejati mereka. tapi, bagaimana kalau cinta pertama itu tidak kekal dengan kita sehingga kita mati? contohnya cinta yang pertama tu tak mampu bartahan. kononnya tersalah buat pilihan. itu namanya bukanlah cinta mati kita. tapi kadang kadang ada jugak manusia yang sanggup mati disebabkan cinta sejati mereka tak berkekalan seperti yang diharapkan. adakah situasi itu juga digelar cinta mati? tepuk dada, tanya iman.

ada jugak orang yang tak boleh nak melupakan cinta pertama dia kerana dengan cinta pertamanyalah dia kenal dunia. errkk??
tapi, cinta sejati hanya ada pada mereka yang..

  • menjadi sahabat terbaik anda
saat korang sedang dilanda masalah, pasti dirinya orang yang pertama sekali dalam fikiran. contohnya, kalau korang tak dapat nak tidur malam sedangkan masa tu dah pukul empat pagi pastinya korang akan call dia untuk menemani korang. kalau dia benar benar cinta sejati korang, mesti dia sanggup teman sampai la korang dah boleh tidur. betul tak? dia takkan merungut. time korang bahagia pun sama. korang pasti akan cari dia untuk share kebahagian korang tu dengan dia. 

  • mempunyai banyak persamaan
pernah tak korang perasan yang antara korang dengan dia ada banyak sangat persamaan. tak kiralah dari aspek mana pun kan. yang penting, korang boleh serasi dengan dia. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. kadang kadang korang tak jangka pun dan tak plan pun yang hari tu korang akan pakai warna baju yang sama. tengok tengok sama. tu tandanya yang korang sangat serasi dengan cinta hati korang. lagi best kalau orang selalu cakap yang muka korang lebih kurang dengan muka dia.

  • kepentingan adalah segalanya
cuba perhatikan tingkah laku dia dalam melayan korang dengan kawan kawan dia. ada beza tak? pasti dia akan lebih pentingkan korang. dia juga akan lebihkan kepentingan untuk korang berbanding diri dia.  dia sanggup berkorban dan berbuat apa saja untuk korang kerana dia nak korang tahu yang korang adalah segalanya dalam hidup dia. cinta sejati perlu melibatkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan.

  • sentiasa mendengar
dia sentiasa memberi perhatian yang penuh setiap kali korang bercerita tentang keluarga, kawan kawan, dan juga hidup korang tanpa rasa bosan. walaupun korang dah banyak kali cerita hal yang sama dia masih lagi mendengar. kadang kadang korang pulak yang akan rasa bosan sebab asyik ulang cerita yang sama je. kalau aku pun aku bosan.

  • always on time
kalau dia berjanji untuk keluar, pasti dia yang akan menunggu korang. dia lebih rela terpacak di depan pagar daripada membiarkan korang yang menunggu dia. jarang dia akan biarkan korang ternanti nanti kerana dia tahu penantian itu satu penyeksaan. 


*so, cuba korang check pasangan korang tu. tak betul ke dia adalah cinta SEJATI korang.

Thank's for reading. Have a nice day !