Thursday, March 31, 2011

 Allah tidak mengampunkan dosa orang yang membuka aib dirinya sendiri
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.risau jugak diri ini bila dengan berbelog tanpa tak sedar terbukak aib diri sendiri ataupun orang lain.


Thank's for reading. Have a nice day !

bangi kawasan hot !!

assalamualaikumm..

dua tiga menjak kawasan sekitar Bangi ni asyik panas je. sampaikan tak ketentuan hala aku dibuatnya. langsung tak hujan. tapi, bila call mak aku yang duk kat sekitar pantai timur, beliau kata hujan je. orang kampung nak menoreh batang getah pun tak boleh disebabkan hujan yang asyik mencurah curah turun. and dalam paper pun ada bagitahu kan yang sekitar terengganu dah banjir. betul ke? gua sekarang dah jarang nak menyelak paper disebabkan malas nak beli. tu lah orang kita kan. sayang nak keluarkan duit untuk beli bahan bacaan. cubalah contohi rakyat jepun yang moden bagai tuhh. bangun pagi pagi je celik mata terus belek paper. bukan satu je. ada la dalam dua tiga jenis paper.

ehh, apa aku merepek ni?

disebabkan panas yang aku rasa agak panas la jugak, maka kepala pun jadi sakit coz nak tidur pun tak selesa. tapi, aku bersyukur. walau panas ke sejuk ke, semua tu adalah kuasa tuhan. kita ni siapa untuk mempertikaikan semua tu. kenapa kita asyik nak merungut je kan? kalau hujan pun salah, panas pun salah. pendek kata semua tak kena. manusia kan. mana pernah puas.

2,3 hari ni adalah beberapa rutin baru dalam hidup aku :
aku dah jarang nak keluar gi jalan jalan naik motor. risau takut kulit hangus terbakor lalu menjadi hitam legam.

aku juga dah jarang nak tidur petang. risau takut jadi giler. kan orang tua tua selalu pesan. jangan tidur after asar. so, aku cuba jugak elakkan diri daripada tidur walaupun ada jugak aku tertidur. ^ ^'

dan.. rutin yang paling penting sekali,
aku dah rajin nak blogwalking. =))


*tengah golek golek atas katil cuba untuk melelapkan mata, tiba tiba adik aku call. baru saja teringat tentang keluarga yang nun jauh di sana. dah sebulan rasanya tak balik.
kadang kadang nangis sorang sorang di tengah malam buta disebabkan rindu yang melampau.
Thank's for reading. Have a nice day !

antara tiga BUTA







alangkah bahagianya orang yang buta matanya..
pada suatu ketika dapat celik kembali matanya..
dapat melihat cahaya yang selama ini dunianya hanyalah gelap..
dapat mengenal huruf dan dapat membaca 
yang selama ini membaca menggunakan tulisan braille..

alangkah bahagianya orang yang buta warna..
pada suatu ketika dapat mengenal semua warna
yang selama ini tidak dapat membezakan..
pastinya hidup dia akan lebih sempurna..
tapi..

alangkah bahagianya orang yang buta hatinya..
pada suatu ketika tuhan telah memberi hidayah kepadanya..
dan membuka pintu hatinya yang selama ini hidup dalam kekufuran..
maka..sempurnalah dirinya sebagai seorang manusia..


Thank's for reading. Have a nice day !

Wednesday, March 30, 2011

janganingatkitanibagussangat.

kita bukanlah siapa siapa untuk menilai baik atau buruk orang tu.
kita juga bukan siapa siapa untuk menghukum dia.

apa saja keburukan atau kelemahan dia bukanlah pintanya.
tapi, jangan pula kita mengambil kesempatan di atas kebaikan dia.
sedangkan kita tak suka dia.

tak perlulah kita berbangga dengan diri kita dan apa yang kita ada.
kerana semua itu bukannya milik kita yang mutlak.

janganlah kita mudah menilai di atas keburukkan dia.
tapi..
manusia..
walaupun berkali orang tu buat baik,
yang jahat tu jugak akan di ungkit.



Thank's for reading. Have a nice day !

Wednesday, March 23, 2011

korang suka ke??

kita mesti tak suka kan..
kalau kita dah janji dengan orang tu pukul 8, tapi dia datang lambat..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang guna barang kita tanpa minta izin daripada kita dulu..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang lain ganggu hak privacy kita..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang lain cakap cakap belakang kita..

kita mesti tak suka kan..
kalau kita dah janji dengan orang tu nak keluar tapi tak jadi..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang tu suka menunjuk nunjuk depan kita..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang tu menyampuk dengan tiba tiba masa kita tengah bercakap..

kita mesti tak suka kan..
kalau ada orang sibuk sibuk je nak amik tahu pasal hidup kita..

kita mesti tak suka kan..
kalau barang tu tak cantik tapi harga dia mahal..

kita mesti tak suka kan..
kalau kita tengah lapar tapi makanan lambat sampai..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang bercakap dengan kita asyik nak perli perli je..

kita mesti tak suka kan..
kalau kita tengah tidur lena tiba tiba ada orang bising bising..

kita mesti tak suka kan..
kalau orang selalu nak pinjam barang kita..

tapi..
kalau korang jenis tak kisah, korang mesti suka dengan apa yang kita tak suka tu kan..


apa apa je asalkan aku bahagia dengan hidup aku

Thank's for reading. Have a nice day !

resepi kasih sayang

bergurau senda dapat membuahkan kasih sayang


assalamualaikumm..

hari ni chef iezawanza nak ajar korang tentang resepi kasih sayang.
bahan bahannya simple dan mudah sahaja. yang menariknya bahan bahan ni tak perlu dibeli daripada kedai runcit pak abi or supermarket econtaksave. kalau korang tak reti nak masak pun korang boleh cuba resepi ni jugak. oke, jangan kita lengah lengahkan masa lagi. chayook.

bahan bahan:
1 mangkuk hati ikhlas
3 mangkuk kejujuran (lebih banyak lebih baik)
3 mangkuk hasad dengki
2 mangkuk hormat menghormati
3 kotak doa
4 ulas nasihat
5 biji keimanan
250gm garang
4 camca cinta
2 camca minyak benci

bahan hiasan:
3 kuntum bunga senyuman
3 camca toleransi
5 mangkuk kesyukuran

cara cara untuk memasak:
1. panaskan minyak benci di atas api yang sederhana besar. masukkan hasad dengki yang telah ditumbuk halus supaya bahan itu dapat meresap jauh ke dalam lubuk hati tetapi pastikan bahan itu direbus terlebih dahulu sebelum ditumbuk agar hilang rasanya.

2. campurkan sedikit garang kerana garang itu adalah perasa dalam hubungan kasih sayang. tanpa garang, hubungan itu suram tanpa manis, masin dan seadanya.

3. setelah bahan bahan itu hampir hangit, jangan lupa masukkan pulak kejujuran, hormat menghormati,, keimanan dan cinta. bahan bahan tersebut adalah bahan bahan yang paling penting untuk melazatkan perhubungan dalam mengharumkan kasih sayang.

4. gaulkan sehingga sebati. untuk mengelakkan resepi kita menjadi kering, masukkan pulak doa. doa dapat memastikan kasih sayang itu tahan lama dan berkekalan tanpa ada expired date.

5. setelah masak, jangan lupa hiaskan dengan bunga senyuman, usik mengusik dan hirisan toleransi.
sajikan resepi anda dengan penuh limpahan kesyukuran.

simple saje kan? diharapkan apa yang chef ajar kepada mak cik mak cik dan jugak pak cik pak cik diluar sana dapat dipraktikkan dengan secepat mungkin. sekian sahaja untuk hari ini. jumpa lagi. bui bui.
Thank's for reading. Have a nice day !

aku sokong filem melayu ~ ehee

assalamualaikumm ..

dah lame tak dating dengan belog. asik dating dengan cik B je. rindu sangat sangat. namun disebabkan kolej aku ni tak bayar wifi agaknya, maka tak dapat la kami ber 'on9' dari pagi sampai malam sampai pagi balik. sekarang baru dapat.

minggu lepas aku gi jalan jalan kat TS semata mata tuk cari kasut sendirirela bukan cinderela yee kawan kawan. kasut tu akan dipakai tuk interview next week. eii.. tak sabor laa. bukan interview tuk apply kerja ke ape. jangan salah sangka yee. belom dapat diploma lagi. interview tu tuk melatih kiteorang as a student account bile kiterorang nak apply kerja after graduate nanti.

sambil sambil jalan, aku dengan cik B plan la nak tengok movie. cik B tak nak nengok cerita omputih sebab dia tertinggal spek. nanti nak baca subtitle nye tak nampak la, katanya. ok, aku pun ikut jela katanya. kami buat keputusan tuk nengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. agaknya cik B aku ni tak tau kot yang cerita tu pun ada subtitle gak. iskk. tak paham la. aku ingat kan harga tiketnya dalam 12-13 hengget sbab cerita tu banyak guna CGI kan? rupa rupanya 8 henget jek. murahnya. mulanya aku macam tak suka dengan cerita tu sebab tengok macam cerita zaman dulu dulu kan. rupa rupanya.. aku salah wat tafsiran. aku suka sangat sangat dengan jalan ceritanya. mudah nak faham dan tak boring langsung macam cerite DUHAI SI PARI PARI. masa tengok cerita tu aku tidow je. memang menyesal aku buang duit tuk beli tiket semata mata nak tengok cerita tu.




sinopsis cerita tu,


Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.

dipetik daripada google.


menitis air mata mengenangkan betapa susahnya kita sebelum merdeka. kita tak pernah merasa kesusahan yang pernah orang yang pernah berjuang unruk membangunkan negara kita dulu. kalau la KRU tak buat cerita ni, memang aku tak akan rasa bangganya jadi malaysian. sekarang, aku sayang sangat sangat malaysia. sayang sangat sangat dengan negara ni. sapa sapa yang masih teragak agak tuk nengok cerita tu, korang jangan pikir berkali kali coz cerita tu memang best. mulai sekarang, aku adalah penyokong filem melayu. aku bangga jadi orang melayu ok. lepas ni nak tengok cerita ...DALAM BOTOL pulak. hope jalan ceritanya best jugak.
Thank's for reading. Have a nice day !

Monday, March 14, 2011

pilih kasih.

huuuu T_T. rase macam nak nangis puas puas je. kenape jadi macam ni. dah empat sem aku menghuni gua desasiswa kolej ni. tibe tibe bila dah tinggal satu sem je lagi sebelum aku dengan rela hati akan keluar membawa diri tak dapat pulak menghuni gua yang selama ni banyak menyimpan koleksi kenangan pahit manis masam aku.

mungkin tuhan dah makbulkan permintaan main main kiteorang selama ni. kiteorang selalu cakap, bila lah nak merasa duk rumah sewa sendiri. nak merasa masak masak kat dapur yang besar. bosan la duduk kat gua ni. dah hampir dua tahun asyik tersenarai je nama dalam *senarai pelajar yang layak menetap di hostel pada bulan bla bla dan bla. tup tup sem depan, hah amik kau. terus takde langsung nama dalam senarai. huuuu T_T. memang sadis ooo. sayang nak tinggal gua ni.  lagipun sem depan adalah sem yang terakhir. pilih kasih betol lah.

gwa memang nak luahkan marah gwa sekarang ni. iskk. grrrr. geram. mana la nak cari rumah yang dekat dekat dengan kolej kan. kalau bulehh nak rumah yang murah sewanya dan dekat giler dengan kolej. kalau tak kesian la dekat member member gwa yang takde transport. aishh. menyusahkan hidop gwa n kawan kawan gwa je.

mak aku siap perli perli lagi. hahh, suka la tu kan dapat duk rumah sewa. begitulah terlebih tak kurang kata kata tak berhemah beliau. hihi. memang pun suka sebenarnya. tapi mak aku memang anti betul lah kalau aku duk rumah sewa. mana pernah aku yang sekarang ni dah berumur 20an merasa duk rumah sewa. mak aku takut nanti aku jadi bebas macam burung yang suka hati dia je nak terbang gi mana mana. kena langgar dengan kapal terbang kang baru tau. mak aku tau aku ni kaki jalan je. kalau duk hostel ada jugak la pak guard yang tak penah amik peduli pasal pelajar. paham tak ayat aku? tu pada pandangan orang tua macam mak aku. tapi orang tua kan. layak la dia risau pasal kita. tambah tambah anak gadis dara. kan?
Thank's for reading. Have a nice day !